Oleh : Anna Tan 9 Ogos 2021
Tawau : Sebanyak 24 bakul makanan telah diserahkan kepada ahli Persatuan Orang-Orang Buta Islam Malaysia ( PERTIS ) Wilayah Sabah,Sabtu baru-baru ini.
Bakul makanan tersebut adalah sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPeiM ) dan diserahkan kepada UPAYA PAS Kawasan Tawau untuk dihantar kepada orang-orang buta dalam parlimen Tawau, Kalabakan dan daerah Semporna.
Pengerusi UPAYA, Ustaz Rosli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pihak PERTIS Wilayah Sabah kerana memberi kepercayaan kepada UPAYA PAS Kawasan Tawau melaksanakan misi tersebut.
” Terima kasih juga kepada semua Team Ahli Jawatankuasa UPAYA PAS Kawasan Tawau yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung.
” Penghantaran bantuan bakul makan ini adalah mengikut SOP untuk mengengkang penularan wabak Covid-19″ katanya semasa dihubungi wartawan.
Turut bersama menjayakan Program penghantaran bakul makanan tersebut adalah Penasihat UPAYA PAS Kawasan Tawau iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat , Tuan Mohamad Husain yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau
#TeamUpayaTawau
#LindungDiriLindungSemua