Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 7 Ogos – Mewakili Syabab Care Malaysia, Muhammad Fadzli Abu Bakar juga selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor menyatakan, kini para frontliners yang menguruskan jenazah COVID-19 di Raudatul Sakinah, keletihan dengan kes kematian yang semakin hari semakin meningkat.
“Mereka bertugas dengan pakaian full PPE yang sudah pasti amat tidak selesa”, katanya.
Syabab Care Malaysia telah berusaha bantu meringankan beban mereka dengan sumbangan khemah ‘canopy’ untuk para petugas pengurusan jenazah COVID-19 yang berada di kubur untuk berteduh. Dengan cuaca yang begitu panas sekarang, tempat berteduh tepi kubur amat penting sebab keterbatasan pergerakan mereka untuk bergerak jauh ke pusat operasi.
“Bila khemah diletakkan tepi kubur, ia amat membantu”. “Berat tugasan mereka apabila saban hari jenazah makin meningkat”. “Purata jenazah pesakit COVID-19 yang dikebumikan di sini sebanyak 20 orang setiap hari dan kadang-kadang lebih”, terang beliau lagi.
Semoga Allah SWT membalas jasa para frontliners dengan kebaikan serta balasan yang terbaik dan juga semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka bagi meneruskan usaha memikul amanah negara membawa kemenangan melawan pandemik COVID-19. Anda hero kami.
Syabab Care mengajak semua untuk bersama mereka menyumbang membantu para frontliners di sini. “Anda sumbang kami sampaikan”.
“Kebajikan Tanpa Sempadan”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor