Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
TANJONG KARANG, 4 Ogos – Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanjong Karang telah turun menyantuni dan menyampaikan sedikit bantuan kepada beberapa keluarga yang memerlukan di Kampung Hang Tuah, Bestari Jaya.
Penyerahan bantuan dilaksanakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Tanjong Karang bersama beberapa orang lagi wakil muslimat kepada segelintir penduduk kampung yang dapat dikesan keadaan mereka yang sukar pada waktu pandemik ini.
Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini.
Sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang dalam kesusahan boleh maklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang.
Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PUSAT KHIDMAT PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-
Akuan : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG
Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang : 0124867303
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor