Home Rencana PAS Selangor

Boneka demonstrasi, usaha menjatuhkan kerajaan – Setiausaha DUPN Selangor

182
SHARE

“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor

Oleh : Muhammad Najhan Shahir Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Demontrasi ini sebenarnya didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya Kegagalan Kerajaan PN. Isu COVID-19 dijadikan asas unjuk perasaan yang diakui ia adalah sentimen yang dirasai oleh semua pihak tanpa dinafikan.

Namun masalah COVID-19 yang sedang ditangani adalah usaha berpanjangan dan berterusan serta memerlukan kerjasama semua pihak bukannya di pihak kerajaan pemerintah sahaja.

Kumpulan anak muda yang bersemangat dan idealis diperalatkan dengan sentimen ini oleh pihak berkepentingan tersebut. Tagline Kerajaan Gagal adalah permulaan pihak tertentu bagi mencetuskan unjuk perasaan ini.

Pemimpin PH yang hadir menyokong malah mungkin mengepalai sebagai dalang utama unjuk perasaan ini membuktikan bahawa PH cuba menangguk di air yang keruh berkenaan masalah pandemik yang sedang dihadapi oleh rakyat dan negara untuk mempolitikkan COVID-19.

Sedangkan COVID-19 bukannya isu politik, ia adalah isu sejagat, isu kemanusiaan dan isu nyawa dan cara hidup manusia yang membekas kepada setiap individu dalam dunia.

Sewajibnya PH tidak membabitkan hal sebegini dalam politik dan ia menunjukkan bahawa PH sudah ketandusan idea dan buah fikiran bagi berdepan dengan kejayaan Kerajaan PN dan cemburu akan kegagalan PH 22 bulan pemerintahan mereka.

Himpunan ini amatlah tidak sesuai di kala ini. Apalagi varian Delta virus COVID-19 yang lebih licik menyerang manusia. Tambahan pula menyalahi undang-undang Peraturan Kawalan Pergerakan PKP.

Kebiadapan sebahagian peserta unjuk rasa ini adalah sesuai yang amat menyedihkan yang kini sedang berlaku dalam masyarakat kita. Para pemimpin politik dan golongan dewasa perlu menunjukkan tauladan baik dan contoh agar anak muda kita tidak terjerumus dan dibentuk sebegini rupa.

Ambillah contoh himpunan ICERD yang bersejarah dimana jumlah 1 juta kehadiran berjaya dibuat tanpa perbuatan yang bercanggahan dengan moral dan tatasusila akhlak budaya ketimuran.

Pada waktu ini, sikap salah menyalahi bukan satu perbuatan yang membantu kepada kejayaan melawan COVID-19. Setiap pandangan dan cadangan boleh diajukan dan dibawa berbincang secara terhormat untuk menjayakan bersama. Kegagalan melawan COVID-19 tidak hanya merugikan satu pihak sahaja tetapi seluruh negara dan rakyat. Kerjasama padu setiap rakyat adalah elemen terpenting dalam mencapai kejayaan melawan COVID-19.

Diharap pada demonstran khasnya anak muda untuk tidak bertindak melulu dan berfikirlah secara bijaksana agar tidak mudah dipergunakan oleh pihak berkepentingan.

Disarankan kepada mereka beri kerjasama mematuhi PKP di kala COVID-19 masih mengganas. Nasihat ini demi kemaslahatan mereka dan semua pihak. Menzahirkan pendapat dan perasaan adalah tidak salah tetapi hendaklah sesuai dengan tatacara, akhlak dan peraturan yang ditetapkan.

2 Ogos 2021 | 23 Zulhijjah 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor