Oleh : Zulfahmi Ramli
Sahabat
Tika waktu menghampiri penghujung
Makin kuat ujian hadir tanpa diduga
Makin berat tertanggung dibahu
Makin hangat rasa bahangnya
Sahabat
Hadirlah membantu bersama
Berusaha dan berikhtiar keranaNYA
Pastinya manis untuk dinikmati
Menentu arah, mencapai halatuju
Sahabat
Kini masanya sudah tiba
Perlunya peranan pemikir
Perlunya fungsi perancang
Perlunya tugas pelaksana
Sahabat
Sampai bila ingin melihat sahaja
Menanti perkhabaran hanya dari jauh
Usah ditanya apa akan diterima
Marilah bersama, bantu setia
Sahabat
Bergandinglah, bekerjasamalah sentiasa
Untung dicari bukan di dunia
Akhirat dijanji bahagia selama
Demi Islam, mulakan langkah
Gapai impian, julang kemenangan