Home Berita PAS Selangor

PAS terus menerus santuni rakyat yang perlukan bantuan – PAS Kawasan Sungai Besar

46
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BESAR, 31 Julai – Apa tujuan himpunan di Kuala Lumpur pagi tadi diadakan? Adakah dengan himpunan tersebut, boleh menurunkan statistik peningkatan kes COVID-19 harian yang semakin mencanak naik saban hari?

Mereka di Kuala Lumpur berkumpul untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi team Khidmat Malaysia kami di Sungai Besar meneruskan kerja membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan juga mereka yang dikuarantin.

Alhamdulillah sebanyak 11 buah rumah telah diberikan Bakul Makanan Prihatin dari program PEMULIH yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini. Alhamdulillah ini rezeki untuk mereka yang terjejas dengan keadaan sekarang ini.

Buat mereka yang terjejas dan dikuarantin di rumah, boleh hubungi kami dan sampaikan kepada kami maklumat mereka yang memerlukan dan mereka yang dikuarantin. Cakna akan jiran, komuniti, keluarga dan sahabat handai kita. Salurkan maklumat, insyaallah kami sampaikan bakul makanan ini.

Terus doakan mereka yang diuji dengan pelbagai ujian kesihatan, kebajikan, keselamatan dan sebagainya. Semoga Allah angkat wabak COVID-19 ini lenyap terus dari bumi ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor