Home Berita PAS Selangor

Ops Prihatin Perpaduan diteruskan lagi – PAS Kawasan Gombak

6
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 31 Julai – Puan Sarojinee, ketua DHPP Gombak dan Puan Ainun wakil LPN telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada sebuah keluarga Melayu yang positif Covid-19 dan dikuarantinkan di rumah di Fasa 4, Sri Gombak.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Saudara Anuar yang memaklumkan kepada mereka mengenai kesempitan penerima ini. Sungguh sebak bila dihubungi, “terdengar suara penerima yang tercungap-cungap sesak nafas di hujung talian”, jelas mereka.

Mari kita berdoa semoga keluarga penerima ini diberi kesembuhan dan ketabahan dalam menghadapi ujian wabak ini. Teruslah menyumbang kepada tabung Ops Prihatin Perpaduan dan sumbangan tersebut akan disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke :
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor