Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
Dalam pada kalut kumpulan pembangkang diketuai PH yang didominasi DAP berhimpun dan berarak di tengah bandaraya KL semalam dengan slogan anti kerajaan, kerajaan gagal dan sebagainya, negara bakal mencatatkan pencapaian yang wajar dibangga bulan ini.
Dalam bersungguh menghadapi peperangan menentang pandemik Covid 19 menurut laporan Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 atau CITF Lembah Klang yang kini mencatatkan kes positif tertinggi dalam negara bakal mencapai kadar 100% yang telah menerima vaksinasi pertama.
Setakat tengah malam 30 Julai rekod menunjukkan sejumlah 5,566,789 penerima atau hampir 90.3% penduduk dewasa di Selangor, KL dan Putrajaya telah menerima dos pertama masing-masing.
Manakala untuk dos kedua 2,113,511 atau 34.3% telah menerimanya.
Ini bermakna menjelang hujung Ogos ini keseluruhan warga dewasa di Lembah Klang telah menerima dos pertama masing-masing dan dengan itu Lembah Klang menuju kesasaran imuniti kelompok seawal awal suku keempat tahun ini juga.
Di Labuan contohnya kes positif susut secara drastik (semalam cuma 9 kes) setelah hampir 80% penduduknya selesai divaksinasi. Jika Labuan boleh Lembah Klang juga boleh.
Dengan kerja kuat semua pihak khasnya para frontliners dan kerjasama padu rakyat jelata tidak mustahil kita mampu memulihkan kehidupan rakyat dan negara melalui pelan pemulihan kerajaan.
Lantas ini bukan masanya berpolitiking, menjadi juara jalanan yang dalam waktu yang sama melanggar SOP dan.mendedahkan.orang ramai serta kaum keluarga sendiri dengan virus bahaya ini.
Mereka yang berhimpun di KL semalam tidak mewakili majoroti rakyat Malaysia yang mahukan keamanan, kestabilan dan segera pulih dari pandemik ini.
Mereka sekadar proksi pembangkang yang mahu mencuri kesempatan, menagguk di air keruh atas kesusahan dan kesempitan rakyat demi agenda politik peribadi masing-masing. Mereka bukannya peduli nasib rakyat pun.
Kita sesungguhnya mahu segera bebas dari bahana pandemik ini dan juga perlu bebas dari golongan politik pelampau yang gila dan laparkan kuasa semata-mata.
Bersama kita berjaya melawan pandemik ini dengan izin Allah SWT.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor