Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang
Oleh : Umar Al-Hayawi
SELAYANG, 26 Julai – Rata-rata orang Selayang dalam lingkungan umur 25 ke 40 tahun jika disebut nama Allahyarham Cikgu Md Rasip B. Abd Wahab terus ingat Silat Gayong walaupun sudah lebih 4 tahun Allahyarham meninggalkan kita.
Waris-waris yang menyambung legasi Allahyarham untuk terus mempertahan dan membawakan silat seni Gayong, kini mereka bergerak di atas nama Pertubuhan Silat Seni Gayung Cula Sakti Malaysia (PSSGCSM).
PAS Kawasan Selayang diketuai YDP PAS Kawasan Selayang, Tn Hj Zaidy Abdul Talib telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada ahli-ahlinya yang terkesan di waktu sukar pandemik Covid-19 ini.
Ujar YDP PAS Kawasan Selayang, “petugas-petugas PAS Selayang yang dekat dengan saya juga ada lebih kurang 3 orang juga merupakan anak murid kepada arwah Cikgu Md Rasip”.
Semoga ahli-ahli PSSGCSM terus memacu perkembangan silat seni Gayong dalam usaha mengangkat dan memertabatkan silat di satu tahap yang tinggi dan membanggakan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor