Home Berita PAS Selangor

PAS Kawasan Sungai Besar santuni keluarga yang dikuarantin – PAS Kawasan Sungai Besar

73
SHARE

May be an image of outdoors

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BESAR, 25 Julai – Peningkatan kes positif dan kuarantin di daerah Sabak Bernam pada masa ini sangat membimbangkan apabila saban hari semakin banyak kes positif dan kontak rapat yang direkodkan. Setakat ini sudah muncul 3 kluster baharu di daerah Sabak Bernam iaitu 2 dari kluster tempat kerja dan 1 dari kluster komuniti.

Berikutan itu, team kebajikan PAS Kawasan Sabak Bernam telah menghantar bantuan barangan asas kepada sebuah keluarga di Sungai Limau yang telah dikuarantin akibat kontak rapat dan salah seorang ahli keluarga tersebut dikhabarkan positif Covid-19.

Sempat tuan rumah berseloroh, “sempat juga kami makan daging korban, lepas tu terus kena kuarantin.” Alhamdulillah, mereka sempat menyambut Hari Raya Aidiladha sebelum dikuarantin satu keluarga.

PAS Kawasan Sungai Besar menyeru semua agar terus memberikan semangat dan cakna akan jiran tetangga, keluarga dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Salurkan maklumat mereka yang memerlukan kepada team kebajikan PAS Sungai Besar, InsyaAllah akan dibantu.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor