Home Rencana PAS Selangor

MalaysiaKini risau UMNO masih di blok kerajaan – Setiausaha BPPN Selangor

278
SHARE

May be an image of text that says "TRI. tRE BERITA MP Umno masih duduk di blok kerajaan"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Portal Malaysiakini yang pro PH memaparkan tajuk “MP Umno masih duduk di blik kerajaan”. Seolah mahu mengambarkan suasana yang tidak-menentu dan cuba memperlekehkan MP-MP Umno.

PH terutama DAP mahu lihat Umno putuskan hubungan dengan kerajaan agar kerajaan Persekutuan segera boleh roboh. Apabila roboh bermaharajalelalah mereka kembali. Guan Eng di Kementeria Kewamgan, Mat Sabu Menteri Pertahanan, Geobind Menteri Penerangan, Chin Tong Timbalan Menteri Pertahanan dan Anwar sebagai PM.

Malaysiakini cukup kacau. Bukankah TPM hari ini Naib Presiden Umno. Umno punya kedudukan kedua tertinggi dalam negara dengan Menteri dan Timbalannya kekal dalam kerajaan. Oleh itu dimanakah agaknya Malaysiakini mahu Umno duduk?

PH dan DAP termasuk Malaysiakini cukup bimbang apabila Umno semakin kukuh dalam kerajaan kerana itu perkara tidak cerdik ini dibangkitkan dan dijadi bahan berita.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor