Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
BUKIT BERUNTUNG, 25 Julai – Disaat negara menghadapi masa sukar kesan penangan pandemik Covid-19, membuatkan ramai rakyat menderita dan merana. Ada diantara mereka yang kehilangan sumber pendapatan, ada yang terputus bekalan makanan, ada yang dihalau rumah sewa dan ada juga anak kecil yang kematian ibubapa akibat Covid-19.
YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat telah turun mengunjungi 8 adik beradik ini yang kini telah berstatus yatim piatu setelah ibubapa mereka meninggal dunia disebabkan virus Covid-19.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran YB Timbalan Menteri atas dasar simpati dan prihatin serta membantu dengan pemberian sumbangan kepada ahli keluarga tersebut.
Turut hadir bersama adalah YDP PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Selangor, Puan Zurina Basir yang mengiringi YB Dato’ Hajah Siti Zailah dalam kunjungan singkat ini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan Bin Harun turut menghulurkan sumbangan daripada PAS Kawasan Hulu Selangor kepada adik Nazurah salah seorang daripada 8 beradik tersebut. YDP PAS Kawasan Hulu Selangor ini menyatakan akan turut bersama memantau keperluan dan kebajikan adik Nazurah bersama seluruh ahli keluarganya.
Semoga kunjungan dan santunan ini dapat menyuntik semula semangat dan keceriaan kepada ahli keluarga mereka ini dan juga semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka dalam meneruskan kehidupan walaupun dengan ujian yang seberat ini diusia yang muda.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor