Home Berita PAS Sarawak

Edaran Bubur Pedas Oleh PAS Cawangan Hulu Pusa (DUN Beting Maro)

902
SHARE

Sabtu, 6 Jun- Program “Rindok Dekah!” yang membawa maksud bestnya bersedekah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Batang Lupar telah dijalankan di 3 daripada 11 cawangan PAS Kawasan Batang Lupar.

PAS Cawangan Hulu Pusa membawa kelainan dengan memilih menu bubur pedas sebagai menu untuk dirasai bersama sekampung. Bubur pedas merupakan menu wajib masyarakat Islam di Sarawak ketika Ramadhan. Bubur pedas ini mempunyai pelbagai campuran sayur-sayuran seperti tauhu kering, cendawan kering, cendawan hitam, sayur midin, putik jagung, kacang panjang dan terung. Selepas itu dicampurkan daging ayam dan lembu, kulit lembu dan tendon serta udang untuk menjadikan bubur tersebut lebih sedap. Menu penting ini biasanya disediakan oleh masjid-masjid dan diagihkan secara percuma kepada orang ramai.

 

Benarlah, bulan Ramadhan ini menawarkan seribu kesempatan buat kita untuk meningkatkan amal dan menuai pahala secara melimpah ruah. Banyak amalan yang boleh dilakukan untuk mendapatkan ladang pahala. Mungkin juga dengan saling berkongsi bubur pedas ini boleh menjadi asbab untuk kita memburu pahala Ramadhan. Teruskanlah berusaha untuk membaiki diri di bulan yang mulia ini.

“May Allah bless”

#PASKawasanBatangLupar
#KamekPrihatin
#KamekSayangSarawak

 

{jathumbnail off}