Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Adalah tidak adil mengiktiraf UEC sedangkan berapa ramai rakyat Malaysia di kalangan bangsa Cina yang kekal mengikuti Sistem Pendidikan Kebangsaan. Mereka lebih layak menjadi guru bahasa Cina dan lain-lain.
Mereka mengambil SPM, bersekolah di sekolah kebangsaan tetapi peluang mereka dicantas oleh mereka yang mempunyai sijil UEC.
Kenapa perlu dianaktirikan mereka yang telah mengikuti Sistem Pendidik Kebangsaan dengan memberi peluang yang luas pada mereka yang mempunyai sijil UEC.
Anak kera dihutan disusukan, anak sendiri kebuluran!
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor