KRCAMALSELANGOR meneruskan lagi usaha mereka dalam menjaga kebajikan rakyat setempat semasa musim pandemik Covid-19 ini.
2. KRCAMALSELANGOR telah menyiapkan dan menyerahkan 30 set pek kecemasan kepada AJK Masjid Al Hidayah Kelana Jaya, Tuan Haji Abdul Rahman Sadikin untuk disumbangkan kepada asnaf yang memerlukan di sekitar Masjid Al Hidayah Kelana Jaya.
4. Seterusnya, penghantaran juadah makan tengahari kepada anak-anak yatim Ulin Nuha hasil sumbangan orang ramai melalui KRCAMALSELANGOR.
5. Program infaq makanan telah dimasak DapurAmal telah berlangsung seperti biasa. Dibantu oleh Ustaz Jasni dan Tuan Haji Abdul Rahman Sadikin mengedarkannya ke rumah kebajikan dan rumah anak-anak yatim Al Munirah, Institut Taufiq Islami dan Maahad Warga Rohingya Di Johan Setia.
6. Penyerahan beras Ashraffi kepada pihak Masjid Al Munawwarah untuk diagih-agihkan kepada asnaf yang bernaung di bawah kariah Masjid tersebut.
7. Menerima sebuah set alat bantuan pernafasan daripada salah seorang penyumbang tetap KRCAMAL SELANGOR, Mr. Leong (Cina Kota Raja). Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada beliau. Beliau turut memutuskan untuk menyumbang dua set lagi alat ini kepada KRCAMAL SELANGOR.