Kenyataan Akhbar
PUSAT KHIDMAT AHLI DEWAN NEGERI (ADN) CHEMPAKA ANJURKAN MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTAR) ANTARA BUDAYA
Pusat Khidmat ADN Chempaka dengan kerjasama PAS Kawasan Pandan akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Antara Budaya sepertimana berikut :
Tarikh – 17 Jun 2017 (Sabtu)
Masa – Mulai jam 6.00 petang
Tempat – Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Merdeka, Kg Baru Ampang, 68000 Ampang.
Program adalah terbuka kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Tujuan majlis ini adalah untuk mengukuhkan hubungan persahabatan di kalangan anggota masyarakat.
Ianya juga untuk meningkatkan persefahaman di antara mereka.
Turut dijemput adalah pemimpin-pemimpin masyarakat dan agama serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Majlis tahun ini adalah tahun keempat ia telah diadakan. Sebelum ini ia telah diadakan di Galeri MPAJ, Pandan Indah dan di Pusat Bandar Pandan Indah.
Untuk tahun ini selain dari jamuan berbuka puasa terdapat acara-acara menarik seperti berikut,
1.) Ceramah dan dialog bersama pendakwah bebas, Dr. Ann Wan Seng.
2.) Peraduan menulis jawi untuk masyarakat bukan Islam.
3.) Peraduan menulis kaligrafi Cina untuk masyarakat bukan Cina.
4.) Pameran penerangan tentang Islam.
Mereka yang mahukan maklumat lanjut mengenai program ini bolehlah menghubungi,
1.) Hjh Musalmah – 017 396 9518
2 .) Cik Lee – 012 273 1027
YB Dato’ Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
7 Jun 2017
{jathumbnail off}