Home Berita PAS Perak

Minda Pimpinan PAS Perak | Ketua Penerangan

186
SHARE
MINDA PIMPINAN PAS PERAK
Ustaz Mohd Hafez bin Sabri
(Ketua Penerangan PAS Perak)
PEMULIH menjadi bukti kerajaan prihatin untuk semua melalui pelbagai inisiatif diperkenalkan termasuk menyantuni kelompok B40, M40 dan T20 dengan meletakkan tiga fokus utama iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi.
Selain daripada diskaun caj bil elektrik 5% – 40%, bantuan seperti moratorium, I-Citra dan penangguhan pinjaman pendidikan juga adalah bukti kerajaan sentiasa cakna terhadap kebajikan dan keresahan rakyat yang menjadi keutamaan untuk disantuni bersama serta menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).