Home Berita PAS Selangor

Laporan harian aktiviti kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

202
SHARE

May be an image of 3 people

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | Program Kebajikan Lockdown Dan PKPD berjalan seperti biasa. Banyak tanggungjawab yang tidak terhenti sepanjang 4 tahun di persada sebagai Intiti Jamaah dan NGO yang berteraskan kebajikan dan dakwah.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan katakanlah, “Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah At-Taubah ; 105)

May be an image of 1 person and standing

1. Team kebajikan KRCAMALSELANGOR bergerak bergegas menghantar bantuan kecemasan kepada seorang nenek dan atok yang menjaga 3 orang cucu setelah ditinggalkan ibu dan ayah mereka tanpa khabar berita.

Terpaksa mengharungi hari-hari duka yang semakin bertambah payah sejak PKP dan PKPD dilaksanakan, menyebabkan kehabisan wang belanja dan bekalan makanan di rumah. “Tiada lagi air mata yang mengalir”, Itulah janji KRCAMALSELANGOR buat rakyat tempatan.

May be an image of 2 people, people standing and indoor2. Pusat Operasi Bantuan di Kompleks KRCAMALSELANGOR seperti biasa menerima mesej whatsapp memohon bantuan dan mereka yang memohon dialu-alukan datang ke lokasi untuk mengambil sumbangan masing-masing.

3. Program infaq sayur-sayuran KebunAmal KRCAMALSELANGOR telah berprogram di Pangsapuri Perantau bersama Ikon Kebajikan Dr Halimah Ali. Sebanyak 60 kilogram sayur diedarkan kepada penduduk tempatan sambil menyantuni mereka.

4. Program harian 100 pek makanan siap bermasak DapurAmal telah menghantar makanan kepada Institut Taufiq Islami dan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha.

Mari sama-sama kita doakan keberadaan KRCAMALSELANGOR untuk terus beristiqomah dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah dan kebajikan yang diamanahkan parti. Doakan juga keselamatan dan kesejaheraan para sukarelawan yang menjalankan tugas kemanusiaan ini di lapangan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor