KUALA NERUS – Hanya dengan sifat takwa, manusia akan dapat mengharungi dan menyelamatkan diri dalam perjalanan kehidupan di dunia bahkan di akhirat nanti.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, dunia melihat bagaimana orang ramai pada hari ini, menyuarakan kesusahan dan kepayahan hidup, disebabkan pandemik Covid-19.
“kita menghadapi ujian hampir setahun berlalu, masuk tahun ke dua, kita menghadapi ujian Covid-19. Mungkin pada awal dahulu, kita menyangka sekejap sahaja.
“Tetapi dah semakin jauh, ujian yang dihadapi, ada orang kehabisan duit simpanan, tapi Allah merakamkan peristiwa ini di dalam Al-Quran dalam surah Yusof, tujuh tahun kemarau, tanaman habis dimakan, yang tinggal hanya baki biji benih untuk di tanam sahaja.” ujarnya.
Namun katanya, ramai yang masih dapat hidup selesa walaupun tidak dinafikan ada antaranya yang hadapi kesukaran, maka bantulah mereka.
“menurut al-Quran, pemberian sedekah itu bagi mereka yang fakir miskin, yang berjuang berkhidmat di jalan Allah.
“Yang kedua, mereka yang mengembara untuk berniaga atau seumpamanya iaitu orang yang susah. Mereka disangka kaya oleh mereka yang tidak mengetahui halnya kerana mereka menahan diri mereka dari meminta-minta.” jelasnya.
Ketika berkhutbah di Masjid Jamek Tok Jiring pada Jumaat, 2 Julai, beliau menegaskan, Islam melarang umatnya yang meminta dengan desak-mendesak.”Mereka yang patut dibantu adalah orang yang dalam kesusahan dan tidak meminta-minta. Ada satu golongan yang harus berhati-hati iaitu orang yang meminta dalam keadaan yang berlebih-lebih
“Jangan kamu meminta-minta dengan mendesak-desak. Orang yang meminta minta kerana fenomena menimbulkan ketegangan. Orang ini disebut sebagai ancaman.”
Beliau menambah, nabi Muhammad SAW dalam hadisnya menyebut, “Barang siapa yang meminta-minta sedangkan dia mempunyai kecukupan keperluan baginya, dia sedang perbanyakkan api neraka.”
“Ya Rasulullah, apakah tanda cukup keperluannya? Iaitu ia sesuatu yang cukup untuk dirinya makan pada waktu siang, dan cukup pada baginya makan apa malam, ” kata beliau mengungkap kembali panduan yang ditinggalkan oleh Ar-Rasul.