Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : YBhg Ustaz Shafie Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor
Jaman Ini Jaman Edan (zaman ini zaman gila), kata Anwar Ibrahim. Saya masih ingat ungkapan ini dalam satu ceramah Anwar (Dato’ Seri) dulu, ketika saya masih mahasiswa di UM. Memang saya antara yang ramai pengkagum Anwar Ibrahim.
Edan-nya kerana bercampur baur antara perjuangan kebenaran dengan perjuangan kezaliman, antara perjuangan hak dengan batil, antara perjuangan hak asasi manusia dengan pejuangan geng LGBT.
Edan-nya kerana tidak meletakkan list yang dahulu di atas. Yang tidak penting dianggap penting, yang penting dianggap tidak penting.
Petiklah nama Yusof Qardawi macamanapun, tapi secara praktisnya tidak dibuat, tidak ada gunanya (Yusof Qardawi : Fiqh awlawiyat). Petiklah nama Stephen Covey sekerap manapun, juga tiada makna (Stephen Covey : First Things First).
Hari ini edan-nya ialah tidak membeza antara memerangi pendemik covid-19 dengan penyakit mahu rampas kuasa. Seolah-olah tidak memahami fiqh awlawiyat dan first things first.
Awlawiyatnya hadapi wabak dulu, lepas tu nak guling kerajaan, gulingkanlah.
First things first.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor