Home Berita PAS Selangor

Serahan tabung Asnaf & Murobitun PAS Selangor – Setiausaha BPPN Selangor

79
SHARE

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Shah Alam | Pejabat Sekretariat PAS Selangor bawah kelolaan Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir selaku Setiausaha Perhubungan telah menyampaikan sejumlah sumbangan yang telah dikumpulkan di peringkat Pejabat dan diserahkan dalam bentuk barangan keperluan ‘food basket’.

May be an image of one or more people, people standing and outdoorsAgihan ‘food basket’ tersebut diserahkan kepada para murobitun dan masyarakat awam di Pejabat Perhubungan. Di samping sejumlah 10 set diserahkan kepada DHPP Selangor untuk disampaikan kepada ahli DHPP dan kaum bukan melayu yang memerlukan di bawah makluman AJK DHPP.

Begitu juga, sebanyak 30 set diserahkan kepada PAS Hulu Langat. Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat Tuan Haji Mohammad Jan Sulong yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Selangor telah menerima untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor