Home Berita PAS Selangor

DPPK Kuala Langat bantu warga PASTI yang dijangkiti Covid-19 – DPPK Kuala Langat

9
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Langat | Wabak Covid-19 yang melanda negara kita berupaya untuk menjangkiti setiap individu tidak kira siapa. Dewan Pemuda PAS Kuala Langat telah menggerakkan edaran bantuan buat warga PASTI yang diuji dengan virus Covid-19.

Seperti yang kita sedia maklum apabila dijangkiti virus covid pastinya tidak dapat berkerja dan perlu dikuarantin. Ini menyebabkan ada yang terputus pendapatan dan bekalan makanan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat telah menggerakkan tabung sumbangan dan hasil kutipan telah disampaikan kepada keluarga-keluarga yang terkesan. Semoga yang dijangkiti diberi kesembuhan segera.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor