Home Berita PAS Sabah

DUPNS saran pertimbang syarat dua dos vaksin

369
SHARE

Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) menyambut baik respons dan perhatian Datuk Arifin Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah untuk menilai, mengkaji dan mempertimbangkan syarat dua (2) dos suntikan vaksin Covid-19 kepada umat Islam yang ingin hadir ke masjid dan surau.

Kami juga berharap pertimbangan yang serupa dapat dilakukan untuk syarat pelaksanaan sembelihan korban yang akan berlangsung pada hari raya Aidiladha tidak lama lagi.

Semoga dengan dekatnya hubungan umat Islam dengan Allah akan dapat mengangkat segala musibah yang menimpa, sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud;

“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksa-Nya.”

Terima kasih atas keprihatinan kerajaan GRS.

Ustaz Babbar Abas
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah
3 Julai 2021