Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Gombak | Wabak Covid-19 telah melumpuhkan segalanya di negara kita termasuk pendapatan individu, kesihatan dan sebagainya. Pandemik ini telah memberi kesan mendalam buat semua rakyat Malaysia tidak kira siapa.
Tim Ziarah Kebajikan Halwa DUN Sungai Tua yang bernaung dibawah Parlimen Gombak, diketuai oleh Puan Unai Esah telah mengedarkan Bakul PRIHATIN Covid-19 tajaan Perikatan Nasional kepada 10 buah keluarga yang terjejas akibat pendemik yang melanda negara kita ini.
Penerima-penerima yang terdiri dari sekitar cawangan DUN Sungai Tua ini memberikan respon yang cukup baik sepanjang ziarah berlangsung. Semoga sumbangan kecil daripada Perikatan Nasional ini dapat meringankan sedikit bebanan dan kesulitan yang dihadapi oleh mereka.
Jom sama-sama turut serta bersama Muslimat PAS DUN Gombak Setia untuk sampaikan bantuan buat mereka yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan di bawah ini:-
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor