Home Berita PAS Wilayah

YB Kak Nuri bantu pesakit lumpuh

111
SHARE

WANGSA MAJU, 29 Jun: Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) hari ini menziarahi seorang pesakit lumpuh di Seksyen 2 di sini.

Menurut anaknya, Siti Syafiah, 41, lumpuh sejak Mac lalu akibat terjatuh dalam bilik ketika mengalami serangan jantung.

Ayahnya kini bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah untuk membesarkan tiga orang anak berumur antara 10 dan 16 tahun, serta membiayai perubatan Syafiah.

“Ibu kini masih mendapatkan rawatan pakar di hospital dan hanya bergantung pada susu dan ubat-ubatan,” jelasnya.

Semasa ziarah berkenaan, YB Kak Nuri menyampaikan bantuan kerusi roda kepada keluarga Syafiah dengan harapan agar beliau akan sembuh sepenuhnya.

Turut hadir ialah Ketua PAS Cawangan Seksyen 2, Ustaz Ihsan, Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Muslimat Wilayah Persekutuan, Zurina Din dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Komuniti, Ahmad Zikri Yazid.