Home Berita PAS Selangor

Era Covid-19 : Handle stres anda sebelum parah – Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

113
SHARE

May be an image of text that says "STRESS TANGANI STRESS ANDA DENGAN BIJAK Berurut Bertenang Tarik nafas Berehat Senaman fizikal Berfikiran positif Katakan pada diri anda 'rilekslah'/ tak mengapa Bercakap dengan seseorang yang anda selesa Beribadah Meditasi Rancang semula tindakan anda dengan tenang jika didapati punca itu datang perancangan yang tidak teratur. Mendengar lagu/muzik kesukaan anda Berdoa untuk mendapat kekuatan dalaman dan luaran. Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Disediakan Oleh Lajnah Penerangan & Medai Baru DMPNS Dewan Muslimat PAS Selangor A. puslimat 8 LAAH &MEDIABARU"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Ara Rabiatul
Lajnah Penerangan & Media Baru
Dewan Muslimat PAS Selangor

Pernahkah kita terfikir bahawa tekanan atau stress dalam diri individu adalah perkara yang nampak ringan pada sesetengah orang?

Adakah anda tahu stres merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila sesuatu yang dirancang tidak berhasil.

Anda boleh melihat sendiri tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza. Jangan sesekali kita samakan stress kita dengan orang lain kerana kemampuan juga berlainan.

Selain itu, perlu diingatkan sesiapa sahaja boleh mengalami stres tanpa mengira batas umur sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Usah dipandang ringan jika budak kecil juga merasakan tekanan.

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita boleh perhatikan dahulu punca anda stres dan bagaimana arah tuju kita selepas itu. Dapatkan bantuan dari orang terdekat dan sesiapa sahaja yang anda selesa.

Cuba langkah ini bersama. Insyaallah kita mampu mengurangkan kesan stres yang dialami walau tidak sepenuhnya.

1. Bertenang
2. Tarik nafas
3. Katakan pada diri anda `rilekslah’/ tak mengapa
3. Beribadah / Meditasi
4. Bercakap dengan seseorang yang anda selesa
5. Berurut
6. Berehat
8. Mendengar lagu/muzik kesukaan anda
7. Senaman fizikal
8. Berfikiran positif
9. Rancang semula tindakan anda dengan tenang jika didapati punca itu datang dari perancangan yang tidak teratur.
10. Berdoa untuk mendapat kekuatan dalaman dan luaran.

Sekian sahaja perkongsian pada hari ini. Sayangi diri anda dan urus diri kita sebaiknya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor