Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Medsos: ‘zero cost, high impact’

121
SHARE

Oleh RUSILAH MD. SOM

REMBAU: Penggunaan media sosial atau medsos adalah ‘zero cost dan high impact’ melalui kertas kerja yang telah dibentangkan.

Demikian dinyatakan Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad dalam konvensyen yang berlangsung pada 18 dan 19 Jun yang lalu secara dalam talian.

Konvensyen ini juga telah disertai oleh seramai 1051 ketua dan petugas penerangan pelbagai peringkat dari setiap negeri.

Ustaz Idris dalam pembentangannya menjelaskan peri pentingnya medsos menjadi sebagai penggerak sosial dan juga sebagai penggerak politik yang melibatkan hubungan dua hala berasaskan pemikiran yang bebas.

Kenyataan pemikiran bebas ini seiring dengan pengertian medsos dalam Wikipedia iaitu, ‘media sosial’ (Bahasa Inggeris: social media) adalah sejenis media yang digunakan terus secara bertalian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi kandungan tersendiri’.

Sebagai medium penggerak sosial medsos menghapus batasan manusia berhubung, justeru menjadi penghubung sesama manusia tanpa sempadan.

Tambah Ustaz Idris Ahmad lagi, medsos juga sebagai penggerak politik apabila kebebasan bersuara tersebut dianggap sebagai ‘demokrasi di zaman medsos’ dan seterusnya mewujudkan ‘Parlimen Rakyat’ dalam kalangan penggunanya tanpa sempadan yang pasti memberi kesan kepada politik sesebuah negara.

Memandangkan penggunaan medsos ‘zero cost, high impact’, ia mampu mencapai gelombang pengguna yang besar.

Sebagai bukti, menurut laporan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dalam laman rasminya mencatatkan sebanyak 17.72 juta penduduk yang melanggan internet dan 13.52 juta didapati melayari media sosial Facebook.

Pengguna Facebook yang ramai tersebut mampu membentuk gelombang naratif yang positif atau negatif tanpa sebarang kawalan dari mana-mana pihak.

Akhirnya naratif yang dibentuk melalui medsos ini, mampu mengubah perkara yang benar menjadi batil dan sebaliknya dan akan di ulang tayang berulang kali dan akhirnya naratif tersebut menjadi perkara yang betul dan mampu memberi impak yang besar kepada sesebuah kerajaan.

Justeru, sebagai persediaan menghadapi PRU ke 15, Ustaz Idris telah menegaskan kepada semua ahli PAS bahawa 95 peratus penggunaan medsos dalam pilihan raya akan datang dan ianya perlu dikuasai sepenuhnya serta menjadi bahan-bahan penerangan utama dan terkini.