Home Berita PAS Selangor

Tuan Guru beri peringatan bukannya ekstrim – Setiausaha BPPN Selangor

168
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "Guan Eng slams Hadi for playing race, religion card FMT Reporters June 20, 2021 3:18 PM 534 Shares f"

Nadi Selangor By Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Lim Guan Eng dakwa Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang bermain politik perkauman apabila menyeru para pengundi muda agar jangan lagi tertipu dengan mengizinkan Pakatan Harapan kembali berkuasa.

Kononnya kenyataan terdesak Tuan Guru itu dibuat semata-mata untuk memastikan para pengundi muda mengekalkan Kerajaan PN.

Kononnya lagi Tuan Guru turut mendakwa bahawa PH telah menzahirkan sikap ekstrim mereka terhadap Islam dan pimpinannya sejurus menang dalam PRU 14.

Mana yang berbaur politik perkauman dan keagamaan dalam kenyataan Tuan Guru itu?

Yang kekal dalam ingatan rakyat darihal parti yang sentiasa membangkitkan politik perkauman ini adalah DAP.

Dalam PRN Sarawak semasa berkempen seorang pemimpin DAP meminta para pengundi di sana agar mengundi calon DAP yang berbangsa Melayu untuk “screw Melayu”. Sehingga hari ini klip video itu ada di internet. Begitu juga seorang pemimpin DAP Perak yang menyatakan Mahathir yang tua terpaksa dipergunakan kembali untuk mengalahkan Najib Tun Razak sebagai PM.

Siapakah yang lebih perkauman dan ekstrimis sebenarnya?

Itu baru beberapa contoh kecil.

Tuan Guru hanya mengingatkan kepada para pengundi dan kita semua agar kuasa politik kekal ditangan umat Melayu yang merupakan majoriti penduduk dalam negara. Ekstrimis dan perkaumankah kenyataan begitu?.

Umat Melayu Islam wajar pegang teraju negara, salahkah seruan begitu?

Kalau PAS dan Tuan Guru perkauman apakah pula DAP dan Guan Eng?

Memastikan umat Melayu Islam.mengambil keputusan yang bijak dalam berpolitik bukannya ekstrim tetapi sesuatu yang wajar. Jika mengembalikan PH bermakna dominan kembali DAP yang majoriti ahli Parlimennya bukan Islam, maka sesuai sangatlah para pengundi khasnya umat Melayu Islam diperingatkan, biar bumi dipijak milik kita.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor