Home Berita PAS Selangor

Kita ejen penerangan – Ketua Penerangan PAS Selangor

138
SHARE

May be an image of 7 people and text

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KITA EJEN PENERANGAN

Oleh : Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan PAS Selangor

Masyarakat amat dahagakan maklumat yang benar dan tepat. Dunia tanpa sempadan hari ini mengundang pelbagai jenis bentuk berita samaada yang benar bertanggungjawab ataupun tidak. Tiada siapa mampu mengawalnya. Yang berniat jahat akhirnya membina gelombang persepsi yang buruk dan jahat. Serta mampu meruntuhkan institusi masyarakat dan keharmonian yang telah sedia ada.

Mahu tidak mahu, segala ruang yang boleh di akses oleh masyarakat perlu dilimpahkan dengan maklumat dan berita yang benar dan tepat. Agar mampu menenggelamkan berita- berita palsu yang sangat berniat jahat. Mendidik anggota masyarakat sedar keperluan “tabayyun” dan tidak memanjangkan lidah syaitan yang berupa “fake” yang termakan oleh generasi hari ini.

YB Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS dalam Konvensyen Penerangan PAS Pusat yang dianjurkan baru-baru ini menegaskan perkara tersebut. Bahkan Timbalan Presiden PAS itu telah merasmikan satu tag line buat semua ahli PAS dan masyarakat umum iaitu “Kita Ejen Penerangan”. Dengan tujuan agar limpahan maklumat yang tepat dan benar dapat diperolehi oleh semua lapisan masyarakat.

Kita perlu maksimumkan semua medium yang ada samada di atas talian atau secara konvensional. Masing-masing perlu berperanan sebagai “Kita Ejen Penerangan”.

10 Zulkaedah 1442H | 21 Jun 2021