Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang
Oleh : Umar Al-Hayawi
Selayang | Pelbagai jenis ujian yang ditimpa kepada hambaNya yang beriman lebih-lebih dalam musim Covid-19 yang semakin mengganas ini tidak kira umur, bangsa dan tahap kesihatan. Ada yang meninggal dunia akibat Covid-19 walaupun tiada sebarang penyakit. Namun kita seharusnya sentiasa bersedia dan saling bantu membantu yang memerlukan.
YB Zaidy Abdul Talib selaku YDP PAS Kawasan Selayang dalam hantaran media sosialnya menceritakan, Team Kebajikan PAS Selayang telah pergi ke rumah bekas pesakit Covid-19 yang berusia 93 tahun di Selayang Baru. Alhamdulillah, menurut beliau sudah 2 minggu sejak dikeluarkan dari Hospital Sungai Buloh. Sebelum ini di hospital, diberi juga bantuan oksigen, tetapi di tahap yang biasa. Dengan kuasa Allah, individu tersebut disembuhkan daripada Covid-19.
Menurut beliau lagi, sebelumnya mereka telah dimaklumkan oleh nenek tersebut yang memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan jika ada temu janji di hospital melibatkan urusan lain seperti rawatan mata dan beberapa perkara lagi. PAS Selayang turun ke rumahnya untuk menyampaikan sumbangan kerusi roda dan mereka turut membawa sekali pek makanan asas dan diserahkan kepada anaknya.
Semoga dengan sumbangan kerusi roda ini dapat memudahkan urusan nenek ini dan anak-anaknya. Doakan beliau dan anak-anaknya sihat selalu, panjang umur, diberi kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusannya. Amin.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor