Home Berita PAS Selangor

PAS Klang santuni para frontliners – Yang Di-Pertua PAS Kawasan Klang

67
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Klang | Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia atau KHIDMAT Malaysia merupakan badan pengurusan penyelamat, bantuan dan pemulihan bencana dan kecemasan yang ditubuhkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis Klang, KRC Amal Selangor, Yayasan Amal Malaysia (Selangor) dan Amal Malaysia merupakan antara NGO yang bernaung di bawah KHIDMAT Malaysia. Gabungan NGO-NGO ini telah bekerjasama dalam menjalankan Program Sumbangan KASEH kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Ustaz Khalid Nayan yang merupakan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Klang yang juga berperanan sebagai Pengerusi KHIDMAT Malaysia (Klang) telah mengetuai program ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah ini. Turut hadir bersama En.Izam Awaluddin (Pengerusi KASEH), Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Klang dan Komandan Amal (Klang) dalam menyantuni mereka yang bertarung nyawa dalam menangani wabak pandemik Covid-19 ini.

Menurut laporan Saudara Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Klang, En. Faiez Imran yang mewakili Pn. Shamira dari PRO Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang berbesar hati menerima kunjungan dan rombongan dari Khidmat Malaysia (Klang). “Ini merupakan salah satu program yang ikatan silaturrahim antara masyarakat dengan meraikan kakitangan hospital dalam menjalani kehidupan norma baharu”.

Yang Di-Pertua PAS Kawasan Klang Ustaz Khalid juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang membantu menjayakan program ini. Antara barangan yang disumbangkan ialah 2 unit komputer riba, dan makanan ringan seperti roti, bun, biskut dan maggi cup dan lain-lain lagi.

Menurut baliau lagi, sekali lagi Ustaz Khalid mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah kerana sudi menerima kunjungan daripada KHIDMAT Malaysia (Klang). “Sebagai NGO yang senantiasa dekat di hati rakyat akan berusaha memberi sokongan penuh kepada semua terutamanya kepada mereka yang berada di barisan hadapan agar jangan sesekali menyerah kalah dan terus bersemangat dalam hari-hari yang mendatang, InshaAllah” akhir kata beliau sebagai wakil.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor