Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kit bantuan makanan kepada 8 buah keluarga – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang

94
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Pada musim pendamik ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan total lockdown, ramai diantara kita yang mempunyai masalah daripada segi pendapatan dan kekurangan bekalan makanan. Wabak Covid-19 ini telah menyebabkan keruntuhan kepada negara terutamanya keruntuhan ekonomi. Oleh itu, ramai insan diluar sana yang dibuang kerja dan memerlukan bantuan disebabkan masalah pendapatan.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang menyatakan rasa syukur kerana telah diberi masa bagi menyampaikan sumbangan kepada seramai 8 penerima yang rata-rata mereka telah hilang perkerjaan dan mempunyai anak kecil dan berada dalam kategori miskin di bawah RM1000.00 pendapatan sebulan seisi keluarga.

Menurut Jabatan Amal Ampang, secara tak langsung mereka juga sedar betapa banyaknya keluarga yang miskin ini hanya menyewa bilik walau mereka mempunyai 1 hingga 3 orang anak. Dan ada di antara mereka sehingga terpaksa menyewa bilik dengan penghuni lain yang bukan warganegara Malaysia.

Pada serahan bantuan kali ini Alhamdulillah telah dibantu oleh Naib Ketua Pemuda PAS Ampang Ust Abdul Samad dan Exco Pemuda PAS Ampang Ust Bunyamin. Penerima pertama sepasang suami isteri yang mempunyai 3 anak kecil menyewa di atas rumah kedai di Taman Kosas. Si ayah yang telah dibuang kerja kini menjadi “Food Rider” bagi menyara keluarga beliau.

Penerima kedua seorang ibu tunggal kepada seorang anak berumur 4 tahun yang berkerja sebagai security guard dan menyewa bilik di Taman Dagang menerima 1 kit bantuan dan 1 pek pampers.

Penerima ketiga juga seorang ibu tunggal bersama seorang anak yang berusia 9 tahun menyewa bilik di Flat Seri Nilam yang berkerja sebagai pembantu tadika dan seorang lagi penerima yang juga tinggal di Flat Seri Nilam, Si ayah dan anak sulung telah kehilangan kerja kerana pendemik Covid-19 ini dan anak-anak lain masih bersekolah.

Penerima kelima ibu yang berumur 72 tahun tinggal bersama anak perempuan berumur 50 tahun yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai pendapatan tetap menyewa di Flat Ampang Jaya.

Penerima keenam dan ketujuh adalah dua buah keluarga yang masih mempunyai anak kecil, tinggal di kawasan Bukit Indah. Kedua-dua ayah telah kehilangan kerja kerana pendemik covid ini. telah menerima kit bantuan makanan.

Penerima kelapan sepasang suami isteri yang kehilangan kerja tinggal bersama anak-anak di Flat Lembah Permai, Lembah Jaya Utara yang juga secara tak langsung memakai gelang pink sedang berada dalam kuarintin menerima kit bantuan dan susu serta pampers untuk anak kecil mereka.

Kepada individu yang ingin menyampaikan sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut;

No Akaun : 8604427663
Nama : JAM AMPANG VENTURES

Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor