Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : Aktiviti menyiapkan 22 kit bantuan makanan asas – JAMK Ampang

398
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang mengucapkan jutaaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbang bagi membolehkan mereka menyiapkan 22 kit bantuan makanan asas untuk diedarkan kepada golongan asnaf dan kepada yang memerlukan.

Menurut mereka, untuk kit bantuan makanan asas kali ini yang berharga RM50.00 setiap satu. Mereka dapat menyediakan 16 jenis makanan iaitu beras, biskut crackers, tepung gandum, gula, minyak masak, 2 tin sardin, bihun, serbuk santan, serbuk kari, serbuk kunyit, kopi, so hun, kicap, maggi, barli dan garam.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pemuda PAS Ampang yang telah menyumbang 20 pek beras 5kg, 20kg tepung dan 20 tin sardin untuk program AD4C ini.

Menurut mereka lagi, pembelian barang makanan dan menyiapkan kit bantuan makanan untuk kali ini diketuai oleh Tuan Izzuddin Azman selaku Setiausaha JAMKA dan Ust Hakimi selaku Ketua Unit Tarbiyah & Dakwah JAMKA yang juga merupakan imam besar di salah satu masjid di kawasan Ampang.

Kepada individu yang ingin menyampaikan sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut;

No Akaun : 8604427663
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor