Home Kenyataan Media PAS Kedah

Bakar al-quran di kuala nerang, pemuda PAS harap tindakan tegas

173
SHARE

Dewan Pemuda PAS Kedah kesal dengan tindakan biadap seorang lelaki berbangsa Cina yang membakar Al Quran di Pekan Kuala Nerang malam tadi.

Sesungguhnya tindakan tersebut merupakan pelanggaran nyata lampu merah umat Islam di negara kita yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan yang mesti di hormati dan dipelihara kesucian.

Tindakan undang-undang yang tegas mesti dikenakan terhadap perilaku biadap lelaki tersebut.

Dewan Pemuda PAS memberi amaran kepada mana-mana pihak yang agar sesekali tidak mengusik kesucian Islam didalam negara kita.

Kami juga berharap masyarakat yang memandang serius kejadian tersebut mestilah mengikuti lunas undang-undang yang ada dan tidak melangkaui pihak berkuasa.

Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Pemuda PAS Kedah/ Ketua Pemuda PAS Padang Terap.