Home Berita PAS Terengganu

Usah terlalu mencipta persepsi di saat semua rakyat memerlukan bantuan

251
SHARE

JABI – Berapa banyak ‘rumah buruk’ yang kita sudah mari bagi bantuan, bila ada dalam gambar sebuah dua rumah yang agak comel diberi bantuan terus dijadikan modal politik murahan tanpa diselidiki siapa penghuni ‘rumah baru’ tersebut dan kenapa ia dibantu. Kononnya orang kaya dibantu dan orang susah dibiarkan melarat. Begitulah resam kita dan Pok Cik terbuka terima dengan lapang dada.

Pok Cik mohon banyak kali dah, siapa orang yang benar-benar perlu bantuan di Jabi tapi belum dapat apa, Pok Cik rayu sekali lagi. Tolong maklum kepada Tok Ngulu atau Pok Cik sendiri untuk kita ambil tindakan segera. Kita nak berkhidmat dan fokus kita tak pernah terganggu berhadapan situasi sebegini.

Bila kita tunjuk gambar rumah buruk, ditanya pula sebab apa tak baiki rumah tu? Gitulah selagi namanya manusia.

YB DR AZMAN IBRAHIM
ADUN JABI, Terengganu