Home Kenyataan Media PAS Johor

PAS Johor | Istilah baharu hanya untuk menguasai tampuk pemerintahan

74
SHARE

Oleh : KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL

Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) adalah merupakan satu titik besar politik tanahair sejak ianya diadakan pada tahun 1955 bagi membentuk kerajaan baharu pada tahun 1957.

Kerajaan Perikatan yang ditunjangi oleh UMNO, MCA dan MIC telah berada di singgahsana negara sehinggalah dijatuhkan oleh Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018.

Pada tahun 1969 telah menyaksikan betapa politik negara yang goyah akibat pertembungan kaum sehingga PAS telah bersetuju untuk bersama Parti Perikatan yang akhirnya terbentuknya parti Barisan Nasional (BN) sehingga mencapai kemenangan besar pada tahun 1974.

Namun ‘penyatuan ummah’ tersebut hanya berjaya bertahan seketika apabila PAS ditolak daripada BN pada tahun 1977 sehingga PAS telah kehilangan satu-satunya negeri yang diperintah ketika itu iaitu Kelantan melalui parti serpihan PAS iaitu BERJASA yang bergabung dengan BN.

PAS dan UMNO hanya kembali bersatu selepas 42 tahun iaitu selepas kejatuhan kerajaan BN pada tahun 2018 melalui apa yang dipanggil HImpunan Penyatuan Ummah yang membawa kepada terbentuknya Muafakat Nasional (MN) bersama linangan air mata ketika di PWTC pada 14 September 2019.

Ketika itu, UMNO dan PAS mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk dengan piagamnya ditandatangani oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sejurus selesai ucapan kedua-dua presiden parti.

Jelas bahawa PAS dan UMNO ada matlamat yang sama iaitu agenda penyatuaan ummah untuk negara yang sejahtera. Mengetepikan perbalahan selama puluhan tahun adalah satu pengorbanan besar bagi kedua-dua parti ini.

Malah, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan PAS sehingga kini masih meletakkan penyatuan parti Melayu/Islam sebagai agenda utama dalam usaha bagi memastikan matlamat ini tercapai.

Terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional adalah hasil kesinambungan usaha penyatuan ummah ini kerana tempoh 22 bulan telah menjadikan bukti kerakusan PH yang ditunjangi oleh DAP merobek kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara dan masih segar lagi dalam ingatan kita semua.

Kesediaan BERSATU untuk turut sama menyahut seruan penyatuan ummah ini adalah merupakan kesinambungan usaha bersama PAS dan UMNO dan ianya telah dibincangkan berkali-kali oleh kedua-dua pimpinan parti.

Jajaran Harapan atau Khemah Besar atau apapun istilah yang muncul kini adalah usaha untuk mencetus dan membentuk gabungan baharu bagi merealisasikan usaha mereka membentuk kerajaan baharu mengikut acuan mereka.

Malah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir masih berusaha untuk memastikan beliau terus memimpin negara melalui Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

Justeru telitilah sejarah yang telah kita lalui, jangan ulangi kesilapan yang akhirnya membawa rebah oleh mereka yang ada agenda tersembunyi seperti kata pepatah ;

“sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.”

Sekian

Penulis merupakan Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ