Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Sabak Bernam | Saudara Nazarnor Mustafa selaku Naib Ketua Pemuda DPPK Sabak Bernam turun menghadiri program derma darah yang di adakan di Hospital Tengku Ampuan Jamaah Sabak Bernam. Program yang berjalan secara bulanan ini (minggu ke 2 setiap Khamis) mensasarkan sekitar 50 ke 60 orang penderma.
Menurut laporan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat, program kesedaran derma darah seperti Amal Blood Donation yang di gerakkan oleh Jabatan Amal Malaysia pada tahun lepas di lihat berjaya untuk menyakinnya anak muda sertai bersama dalam aktiviti ini. Kehadiran juga telah di maklumkan berlaku peningkatan dan berjaya mencapai sasaran.
Kebanyakkan penderma yang hadir adalah mereka yang telah memulakan langkah menderma darah sebelum ini dan tidak berasa janggal untuk terus menderma. Tempoh minima yang untuk seseorang itu menderma kembali setelah selesai proses menderma darah adalah sekitar selepas 56 hari daripada hari kejadian.
Selain itu, bagi mereka yang baru menerima suntikan vaksin dan ingin bersama untuk menderma darah, tempohnya adalah 7 hari selepas di vaksin. Justeru itu, sekiranya kita sihat dan melepasi syarat kelayakan minima sebagai penderma, jangan lepaskan peluang ini.
Telah dimaklumkan bahawa program menderma darah yang terdekat di Sabak Bernam adalah pada 24 Jun bersamaan hari Khamis yang bermula pada jam 9.30pg – 2.30 ptg di Klinik Kesihatan Simpang 5, Sungai Besar.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor