“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kuala Langat | Jabatan Amal Kuala Langat dan Khidmat Malaysia Kuala Langat telah mengambil inisiatif untuk membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyampaikan pek sumbangan kepada penduduk di sekitar Kg Sungai Buaya.
Menurut laporan Jabatan Amal Kuala Langat, sumbangan sedang giat diagihkan di sekitar Kuala Langat. Hampir setiap hari Jabatan Kebajikan Masyarakat bekerjasama dengan mereka turun menyampaikan bantuan yang diperlukan.
Walaupun pek sumbangan tersebut tidak terlalu mewah, tetapi mungkin sedikit sebanyak dapat menyediakan keperluan asas buat masa ini. Semoga Allah memudahkan urusan para petugas Amal, JKM, Khidmat Malaysia dan sukarelawan yang terlibat InshaAllah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor