“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Ampang | Berdasarkan sumber hantaran media sosial Jabatan Amal Ampang, sebanyak 3 buah keluarga lagi di sekitar Ampang telah menerima kit bantuan makanan asas bersama barangan keperluan bayi. Antara para penerima tersebut ;
1. Keluarga yang pertama merupakan golongan asnaf yang menyewa di Flat PKNS Ampang Jaya (menyara kehidupan dengan berniaga kuih-muih secara kecil-kecilan) telah menerima 1 kit bantuan makanan bersama pampers untuk bayi mereka.
2. Keluarga yang kedua merupakan pasangan suami isteri dan juga bersama 7 orang anak yang kebanyakan masih kecil, menyewa sebuah rumah dengan keluasan (600 kaki persegi) di Flat Taman Bakti. Pasangan ini terpaksa berhenti berniaga apam balik kerana motor 3 roda yang mereka gunakan untuk mencari rezeki telah mengalami kerosakan. Mereka telah menerima 1 kit bantuan makanan, 3kg bihun, 10 kilo beras bersama 2 pampers & 2 susu bayi.
3. Keluarga yang ketiga merupakan sepasang suami isteri yang mempunyai 3 orang anak menyewa di Sunshine Park Apartment. Suami telah beberapa bulan kehilangan perkerjaan kerana tempat beliau berkerja terpaksa ditutup akibat pendemik covid 19. Keluarga ini telah menerima 1 kit bantuan makanan.
Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA)mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberi sumbangan kepada mereka bagi meneruskan bantuan kit makanan kepada mereka yang memerlukan. Semoga jasa semua yang membantu dan menyumbang dibalas dengan pahala yang berganda oleh Allah SWT.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor