Home Berita PAS Selangor

Terus menuju dan mencipta kecemerlangan dunia dan akhirat – Ketua DMPN Selangor

58
SHARE

May be an image of 3 people, headscarf and text that says "DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SELANGOR mengucapkan TAHNIAH & SYABAS KEPADA SEMUA CALON SPM 2020 Semoga terus berjaya dalam kehidupan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Dewan Muslimat PAS Selangor 6 LAJHAHG ruslimat 第3 ASSELANGO MEDABAR"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Shah Alam | Berakhir penantian calon-calon SPM 2020 seluruh Malaysia pada jam 10.00 pagi tadi. “Anda semua adalah insan terpilih yang menempuhi perjuangan peperiksaan dalam keadaan yang sungguh unik dan mencabar” pesan Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hassan selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Pengalaman menempuhi sesi pembelajaran secara online buat pertama kalinya dalam sistem pendidikan negara serta menempuh hari-hari peperiksaan dalam suasana pandemik covid-19 telah menjadi sejarah ulung dalam diari kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu.

“Biar apapun keputusan yang telah menjadi milik anda pada hari ini, tetap bersyukur dan bersangka baiklah kepada Allah SWT. Anda telah membuat yang terbaik. Perjalanan masa depan anda masih jauh. Terus pandang ke hadapan, terus membina impian, terus mencipta keinginan, terus dan terus melakar kejayaan demi kejayaan. Dan ingatlah bahawa kejayaan yang paling besar adalah kejayaan di akhirat”, sambung beliau.

Firman Allah,

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.”

“Syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2020. Anda hebat!”

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor