Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : sumbangan kit bantuan makanan – Jabatan Amal Kawasan Ampang

214
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Menurut Jabatan Amal Ampang, 4 buah keluarga lagi di sekitar kawasan Ampang telah menerima kit bantuan makanan asas dari kami iaitu 2 penerima di Flat Ampang Saujana, 1 penerima di Flat Seri Nilam dan 1 penerima di Flat Lembah Permai.

Jabatan Amal Ampang maklumkan bahawa, sekiranya mereka dapat mengumpul dana sumbangan, inshaAllah mereka akan menghubungi pemohon-pemohon yang memohon bantuan kit makanan tetapi sekiranya para pemohon tidak dihubungi, Jabatan Amal Ampang memohon maaf kerana dana yang ada pada mereka sememangnya terhad dan tidak mencukupi untuk membeli kit makanan asas kepada semua yang telah memohon. Mereka sekali lagi memohon maaf atas kelemahan kami.
Walau bagaimanapun, Jabatan Amal Ampang menyatakan bahawa mereka akan cuba sedaya upaya mendapatkan sumbangan daripada individu-individu yang prihatin supaya orang yang memerlukan dapat dibantu sebaik mungkin.

“Kami ingin menjelaskan disini bahawa kami tidak ada menerima apa-apa bantuan berupa barang makanan atau wang tunai dari Ahli Parlimen Ampang, Adun Lembah Jaya, Adun Bukit Antarabangsa atau dari pejabat khidmat masyarakat mereka seperti yang viral baru-baru ini” jelas mereka.
“Jika RM100.00 yang kami terima, maka 2 buah keluarga akan mendapat kit bantuan makanan asas yang bernilai RM50.00 (beras, gula, tepung, minyak masak, sardin, kicap, mi segera, bihun, biskut, garam, kopi, teh dll) dan itu tidak termasuk keperluan lain seperti susu bayi dan pampers khusus untuk pemohon yang mempunyai bayi/anak kecil”, sambung penjelasan Jabatn Amal Ampang.

Kepada individu yang ingin menyampaikan sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut :

No Akaun : 8604427663
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK
Sumbangan tuan/puan dapat membantu mereka yang memerlukan. Jom sama-sama kita bantu.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor