Home Berita PAS Sarawak

PAS Sarawak Erat Hubungan Bersama Media

586
SHARE

Sabtu, 10 Jun 2017 bersamaan 15 Ramadhan 1438H bertempat di Kuching telah diadakan Majlis Sungkei (Berbuka Puasa) PAS Sarawak Bersama Media tempatan.

Program yang berlangsung selama hampir 2 jam itu telah dihadiri oleh lebih 8 kumpulan media terdiri dari Utusan, Borneo Post, Sin Chew, See Hua, Kosmo dan Sarawak Tribune.

Majlis Sungkei bertujuan untuk memperkenalkan saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Sarawak bagi sesi 2017/19 serta memberi penerangan semasa berkaitan PAS Sarawak.

Saff kepimpinan yang turut hadir adalah Sdr Zulkipli Ramzi, Timbalan Pesuruhjaya 1, Sdr Muhammad Afiq Mhd Khazar, Ketua Penerangan PAS Sarawak dan Sdr Syamsul Bahri Mohamad, Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Sarawak serta beberapa AJK PAS Kawasan Petrajaya dan Santubong.

PAS Sarawak mengambil peluang untuk beramah mesra serta mengeratkan silaturrahim antara PAS dan media di Sarawak. PAS Sarawak turut berkongsi kandungan Dokumen Hijau yang bakal ditawarkan oleh PAS.

Sejahtera Bersama Islam

Muhammad Afiq b Mhd Khazar
Ketua Penerangan PAS Sarawak

 

{jathumbnail off}