Home Berita PAS Selangor

Bantuan sediakan juadah harian untuk mereka yang dikuarantin – PAS Kawasan Gombak

143
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | PAS Kawasan Gombak prihatin terhadap nasib mereka yang diuji akibat COVID-19. Bukan sahaja kepada mereka yang positif, tetapi juga mereka yang terpaksa kuarantin akibat ada kontak rapat.

Salah seorang penggerak utama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Gombak iaitu Puan Nor Azam, sentiasa ambil berat keadaan tersebut dan secara sukarela menyediakan juadah bekalan makanan yang dimasak sendiri dirumah disamping dibantu oleh beberapa orang Muslimat yang lain dalam urusan penghantaran.

Bila beberapa keluarga di dalam kejiranan beliau tidak boleh keluar rumah kerana terpaksa menjalani kuarantin kerana ada ahli keluarga yang dijangkiti COVID-19, beliau dan sahabat-sahabat dari Muslimat PAS Cawangan Simpang 3 tanpa berlengah telah bersama-sama mengambil inisiatif memasak sarapan, makan tengahari & makan malam untuk dihantar kepada mereka yang terkesan.

Sememangnya COVID-19 ini telah memberi seribu satu ujian kepada semua, tapi ia juga turut mengajar tentang erti kesabaran dan kasih sayang. Kebertanggungjawaban yang ditunjukkan oleh Puan Nor Azam dan sahabat-sahabatnya menzahirkan kasih sayang dan keprihatinan beliau kepada mereka yang terkesan dengan memasak dan mengedarkan masakan tersebut wajar dicontohi.

Semoga Allah memandang segala usaha kita bersama ini dan memberi ganjaran yang setimpal iaitu mengangkat wabak COVID-19 ini InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor