m
WANGSA MAJU, 3 JUN – PAS Kawasan Wangsa Maju telah menyampaikan sumbangan #DAPURRAKYAT kepada lebih 55 keluarga di Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia berikutan penularan COVID-19.
Serahan melibatkan blok 41 dan blok 43 di sini telah dijayakan dengan bantuan Persatuan Penduduk Gombak Setia semalam.
Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Wangsa Maju, Rashidi Jalaluddin mewakili Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengelola proses sumbangan kepada para penduduk sepanjang proses serahan tersebut.
Dalam masa yang sama beliau turut mengharapkan agar masyarakat setempat terus konsisten dalam menjaga SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
“PAS Kawasan Wangsa Maju akan terus menjadi jurubicara, penyampai denyut nadi rakyat dan suara hati rakyat kepada pihak kerajaan terutama dalam isu-isu melibatkan kesusahan dan kepayahan rakyat tidak kira apa jua keadaan sekalipun,”tegasnya.