Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

‘Total lockdown’ demi kemaslahatan bersama

96
SHARE

Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang menyambut baik keputusan Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan ‘Total Lockdown’ untuk mengekang penularan Covid-19.

Umum mengetahui bahawa angka positif Covid-19 yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semakin membimbangkan, dan pernah mencapai angka 9 000.

Oleh itu, demi mengawal dan memastikan jangkitan pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan rantaiannya, ‘Total Lockdown’ ini dilihat langkah yang tepat walau sebenarnya ianya keputusan yang sangat berat untuk dilaksanakan oleh kerajaan yang perlu mengimbangi antara pertumbuhan ekonomi dan juga kesihatan rakyat.

Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang menyeru semua rakyat agar sama-sama mendokong pelaksanaan ‘Total Lockdown’ ini dengan terus berada di rumah, kurangkan pergerakan dan mengamalkan langkah-langkah yang dapat membendung jangkitan Covid-19 terhadap diri sendiri, ahli keluarga dan orang sekeliling.

Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang juga menyeru semua rakyat untuk mendapatkan suntikan vaksin sebagai usaha dan ikhtiar dan banyak bertawakkal kepada Allah agar melindungi dan membendung pandemik ini.

Bagi kaum ibu, disarankan untuk melakukan aktiviti bermanfaat sepanjang berada di rumah bersama anak-anak dan teruskan munajat memohon kepada Allah agar diangkat musibah Covid-19 ini.

In sha Allah, Allah jaga kita.

‘Islam Memimpin, Wanita Sejatera’

Ustazah Hasanah Idrus
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang