Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang
Oleh : Umar Al-Hayawi
Ampang | Memetik pernyataan media sosial PAS Kawasan Ampang, “untuk negara kita mencapai kemenangan menetang wabak COVID-19 kita rakyat Malaysia harus berganding bahu bersama dengan para frontliners dan kerajaan dalam haluan kita untuk memutuskan rantaian virus ini, iaitu dengan cara pengambilan vaksin”.
Pernyataan tersebut menyatakan, vaksin COVID-19 yang sedang diusahakan ketika ini hangat diperkatakan dan diperdebat di kalangan masyarakat. Ada yang bersifat pro dan tidak kurang juga yang bersifat pesimis atau menolak vaksin.
Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, “Jika terdapat bukti-bukti nyata kanak-kanak tersebut akan bermasalah sehingga ke tahap kematian, maka suntikan itu diwajibkan atas nama ijtihas hukum baharu yang dibuat berdasarkan keperluan”. (Penasihat Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia, Darussyifa’ Malaysia)
“Mengikut pernyataan tersebut, Islam sangat mengambil berat perkara yang dapat memudaratkan umatnya. Oleh itu, pastikan kita bersama berusaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Tunjukkan kebersamaan kita dengan mendaftar untuk vaksin Covid-19 dan hadir untuk divaksin pada hari temujanji . Pastikan juga semua orang tersayang disekeliling kita turut sama divaksin” sambungan pernyataan tersebut.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor