SIARAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS KEDAH
TUGAS WARTAWAN ADAKAH AMANAH ALLAH
PAS Kedah ingin mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional 2021 khusus buat para wartawan yang telah berkhidmat dengan profesional, tekun dan komited.
PAS Kedah amat menghargai jasa dan pengorbanan semua wartawan dan pengamal media yang telah berkerja siang dan malam di lapangan demi memastikan setiap berita dan mesej sampai kepada masyarakat.
Peranan wartawan dan media dalam memenuhi hak rakyat untuk mengetahui, menegakkan nilai-nilai asas demokrasi, menegakkan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia sentiasa dihormati dan di sanjung tinggi.
Wartawan dan media menjadi penghubung antara pemerintah dengan masyarakat dalam menyampaikan mesej-mesej dan suara-suara prihatin rakyat dalam usaha penambahbaikkan khidmat kepada rakyat.
Tanggungjawab wartawan dalam menyampaikan maklumat atau melaporkan berkenaan sesuatu peristiwa atau berita dengan tepat dan benar sangat penting.
Dengan berita yang bersifat tepat dan benar ini juga boleh membentuk aliran pemikiran sesebuah masyarakat yang bertamadun.
Firman Allah SWT,.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ
Maksud : ‘”Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah Al-Hujurat : Ayat 6)
” SELAMAT MENYAMBUT HARI WARTAWAN NASIONAL 2021″
“اسلام ممڤركوكوه ڤرڤادوان”
YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya
Pesuruhjaya PAS Kedah