SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN BANDAR RAYA IPOH KE-33
Bandaraya Ipoh merupakan antara bandar yang terbesar di Malaysia. Ia mempunyai sejarah dan identitinya yang tersendiri. Bandaraya yang terbina daripada susur galur sejarah hebat ini mempunyai pelbagai keistimewaan yang bukan sahaja menarik perhatian orang ramai malahan ia unik berbanding dengan bandar-bandar yang lain.
Sehingga kini, bandaraya Ipoh yang terkenal dengan gelaran ‘Bougainvillea’ (Bandar Bunga Kertas) ini masih mempunyai rekaan senibina-senibina yang terbina pada zaman dahulu dan masih kekal menjadi mercu tanda Ipoh seperti Stesen Keretapi Ipoh, Mahkamah Tinggi Ipoh dan lain-lain lagi.
Di samping bangunan-bangunan bersejarah tersebut, senibina moden turut berdiri megah di jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan Gopeng dan jalan-jalan utama bandaraya Ipoh yang lain. Gabungan senibina kedua-dua bangunan lama dan baharu ini akhirnya telah mewujudkan satu kestabilan panorama yang sangat mengasyikkan.
PAS Perak mengharapkan agar usaha pihak kerajaan tempatan yang ingin menjadikan Ipoh sebagai bandaraya pintar dan maju menjelang 2030 akan dipermudahkan.
Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) khususnya Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Haji Rumaizi Bin Baharin @ Md Daud atas segala gerak kerja memajukan Ipoh demi kesejahteraan hidup penduduknya.
“IPOH BERSIH, HIJAU DAN MAJU”
Ikhlas Daripada Kami,
– Warga Badan Perhubungan PAS Negeri Perak-