10 Jun 2017, Kuala Pilah : Alhamdulillah, hari ini kita semua sudahpun berada di pertengahan Ramadhan iaitu 15 Ramadhan 1438. Masa berlalu dengan pantas, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) terus giat menjayakan program ‘Semarak Kasih Ramadhan’ ke seluruh Malaysia.
Hari ini, LKK DMPM atau juga dikenali dengan nama ‘Skuad Prihatin’ dengan kerjasama LKK DMP Negeri Sembilan (DMPNS) berada di Kuala Pilah Negeri Sembilan, bagi menyantuni penduduk di sekitar DUN Senaling yang telah dikenalpasti tergolong dalam golongan yang kurang berkemampuan.
Sebanyak 10 buah rumah telah diziarahi dan layak menerima sumbangan dari penyumbang-penyumbang yang dermawan melalui Skuad Prihatin DMPM. Sumbangan tersebut berupa barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, gula dan sebagainya serta sedikit wang tunai untuk keperluan mereka sekeluarga sempena Ramadhan ini.
Program Semarak Kasih Ramadhan hari ini diketuai oleh wakil dari LKK DMPM iaitu Puan Zurina yang juga merupakan Timbalan Pengerusi LKK DMPM, manakala wakil dari LKK DMPNS diketuai oleh Puan Masita Md Ali bersama wakil Muslimat PAS dari seluruh kawasan di Negeri Sembilan. Turut hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan Hjh Fazilah Abu Samah, En Alias Tijad Pengarah MTD Senaling dan En Rahim Ujang Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS).
Semoga dengan sumbangan yang telah disampaikan, dapat memberi sedikit kegembiraan kepada 10 buah keluarga tersebut dan dapat mengurangkan bebanan mereka.
Bagi yang ingin menyumbang, LKK DMPM masih menerima dengan hati terbuka sumbangan dari anda. Semoga lebih ramai lagi yang kurang berkemampuan di luar sana sama-sama dapat merasai kebahagiaan di bulan yang mulia ini.
Sumbangan anda bolehlah di salurkan ke akaun:
MAYBANK 5640 2540 0711 – Dewan Muslimat PAS Pusat
SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:
Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502 Puan Zurina : 014 – 306 9141 Saudari Zuriati : 019 – 204 9434 Saudari Oyeen : 019 – 590 2381
Semoga dengan sumbangan dan usaha kecil ini, besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan“
{jathumbnail off}