Home Berita PAS Selangor

Artikel hasutan tidak bantu tangani wabak COVID-19 – Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

86
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Wabak COVID-19 sehingga hari ini telah meragut 2,248 nyawa dan dikalangan mereka adalah isteri, ibu, ayah sahabat kita. Kita semua merasai keperitan dan kesedihan mereka apabila kehilangan insan tersayang. Lebih perit lagi serangan wabak ini diiringi dengan hasutan mahu melihat kerajaan gagal melawan COVID-19.

Mereka yang mula menyerang di media masa telah mengkhianati negara kita dengan menabur segala fitnah dan tohmah dan lebih malang mereka sanggup melihat lebih ramai lagi rakyat kita dijangkiti dan mati demi nafsu serakah politik mereka sendiri.
Berapa ramai lagi jiwa keluarga dan sahabat2 kita perlu dikorbankan?. Sahutan kerajaan minta kita semua daftar vaksin, jaga SOP, stay at home, kuarantin kendiri dan sebagainya terus tenggelam dan tidak lagi dipeduli dan dipatuhi kerana hasutan Kerajaan Gagal.

Pelbagai “hastag” digunakan bagi membawa naratif mengagalkan usaha vaksinasi dan Perintah Kawalan Pergerakan seterusnya menengelamkan “hastag” saranan kerajaan agar kita mendaftar untuk program vaksinasi dan berwaspada dengan wabak COVID-19 ini.

Rakyat terus dikaburi dengan cerita sampingan nitizen separuh masak yang disebarkan menjadi trend sehingga rakyat lupa perkara paling penting adalah menjaga diri kita dan keluarga kita, bukan sibuk menyebarkan berita masalah urusan orang kenamaan, artis, kayangan, sempadan nilai dan yang lain.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kita sepatutnya terus bersama bersatu dalam menangani wabak COVID-19 yang semakin mengganas ini. Jangan biarkan seranan dari pihak-pihak berwajib terus tenggelam dan dikaburi dengan isu-isu remeh sehingga rakyat kita gagal menilai perkara yang perlu diberi perhatian lebih.

Ayuh sahabat-sahabat, kita perlu lakukan sesuatu demi rakyat Malaysia. Jadilah agen penyampai maklumat tepat kepada rakyat agar rakyat kita terus bersama dalam kempen kerajaan menangani wabak COVID-19 ini. Jika kita leka, maka kesepakatan hasutan jahat dan wabak akan memusnahkan negara kita.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor